#PANAS:Luna Maya rupanya geli lihat darah

Jakarta: Luna Maya mengakui dia sangat gembira terbabit dalam penggambaran filem seram ganas Killers walaupun terpaksa berdepan dengan pengalaman baru.

 Kata selebriti kontroversi itu, Killers memberi peluang kepadanya memegang watak Dina Aditya isteri seorang wartawan Bayu Aditya (lakonan Oka Antara) yang terlalu memberi perhatian kepada kerjayanya membongkar skandal seorang ahli politik.

 Kesungguhan Bayu menyebabkan hubungannya dengan Dina renggang.

  Killers adalah filem usaha sama antara Indonesia dan Jepun dan diarah bersama Kimo Stamboel serta Timo Tjahjanto.

 Ia turut dibintangi aktor Jepun, Kazuki Kitamura.

 Dalam satu babak daripada filem yang sarat dengan adegan ngeri dan pembunuhan itu, Luna menceritakan dia perlu berbaring di atas katil dalam keadaan berlumuran darah.

 Kata Luna, dia tidak keberatan melakonkan adegan sebegitu. “Cuma kadang-kadang saya berasa geli,” katanya.

“Saya amat berpuas hati dengan lakonan dalam Killers,” katanya. Katanya, tayangan perdana filem itu di Festival Filem Sundance 2014 Utah, AS mendapat sambutan hangat daripada penonton. - Agensi

No comments