Monday, February 10, 2014

#PANAS~Dikatakan Indo Oleh Neelofa,Wak Doyok Ejek Di Laman Sosial

Bagi yang mengikuti Anugerah MeleTop Era mesti mengetahui Neelofa secara terang-terangan bertanya kepada Nabil, “Eh dia bukan from Indonesia ke?” Mungkin sebab itulah, Wak Doyok kelihatan ‘sentap’ apabila Neelofa tidak mengenalinya.
Maka hari ini, Wak Doyok telah memuatnaik satu status mengejek Neelofa yang diketahui umum, teruk kena kritik kerana memakai fesyen ala Power Rangers pada malam anugerah bersama status berbunyi, “Suka mengata orang? Kan dah kena diri sendiri. Aku lahir di Malaysia dan bangga jadi rakyat Malaysia. Suke!!”
Namun tindakan Wak Doyok rata-rata tidak dipersetujui beberapa pengikut Instagramnya sendiri. Bagi mereka Neelofa tidak bermaksud mahu mengata Wak Doyok tetapi terkeliru dengan pelawak Indonesia yang juga bernama Doyok.
Mungkin kesilapan itu pada Neelofa tidak membuat research dulu. Namun Wak Doyok pun, tak patutlah mengambil kesempatan ini untuk turut sama mengejek Neelofa secara umum.

 Sebagai info, Wak Doyok atau nama sebenarnya, Tengku Muhammad Azwan Shah yang merupakan pemilik jenama The Garment dikenali kerana fesyen berani Mods (modern stylish) yang dikenakannya.

 Sebelum dikenali umum, Wak Doyok yang tampil dengan imej bermisai dan berjanggut tebal ala maskulin era Inggeris 60-an sememangnya sudah lama popuar dalam kalangan pencinta dan pereka fesyen.

 - Kredit

0 comments: