#PANAS: Lisa Surihani Terasa Hati Disindir Soal Anak

Lisa mengakui terasa hati apabila pertanyaan bersifat peribadi tentang soal anak ditanya kepadanya. 

PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani mengakui terasa hati apabila disindir dengan pertanyaan bersifat peribadi mengenai zuriat tanpa memikirkan perasaannya sebagai seorang wanita.

 Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 28, berkata, dia tidak kisah menjawab pertanyaan mengenai perkara itu tetapi terguris apabila isu lebih sensitif dan peribadi ditanya kepadanya.

 "Siapa yang tidak mahukan zuriat tetapi ini soal rezeki dan terletak di tangan Allah untuk menentukannya dan sebagai manusia saya dan suami hanya mampu berusaha ke arah itu.

 "Saya tidak kisah ditanya mengenai tentang anak tetapi yang membuatkan saya rasa kecil hati apabila ada yang menyentuh soal peribadi," katanya kepada mStar Online.

 Lisa dan suaminya, Yusry Abdul Halim berkahwin pada 23 Februari 2012.
Bahagia...Yusry dan Lisa berkahwin pada 2012. 

Dalam perkembangan sama, Lisa berkata, dia juga tidak perlu berkongsi secara terperinci tentang usahanya dan suami untuk mendapatkan zuriat kepada orang ramai.

 Jelas Lisa, cukup sekadar mereka berdua mengetahui kerana ia sangat peribadi dan berharap masyarakat dapat menghormati perasaannya sebagai wanita.

 Dalam perkembangan lain, Lisa berkata, dia tidak mempunyai masalah bekerja dengan suaminya dalam filem Cicakman 3 yang sedang menjalani penggambaran.

 Kata Lisa, yusry seorang yang profesional ketika berada di set penggambaran dan tidak bersikap pilih kasih walaupun mereka pasangan suami isteri.

 "Semuanya berjalan lancar dan ini bukan kali pertama saya bekerjasama dengannya dan Yusry sangat profesional dalam melakukan tugasnya di set penggambaran," katanya.[mStar]

No comments