Saturday, January 11, 2014

#Nasir Bilal Khan Tak Kisah Dirinya Diparodikan

Siapa yang tidak kenal dengan watak Tok Adi yang dilakonkan oleh Nasir Bilal Khan (gambar kanan) dalam drama ‘Tanah Kubur’.

Watak dalam drama yang penuh pengajaran itu dilihat begitu sinonim dengan dirinya.

 Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini ianya seolah-olah telah menjadi bahan lawak apabila gaya dan intonasi suara Tok Adi itu kerap dimemekkan.

Tidak cukup dengan itu, watak tersebut juga menjadi bahan parodi di media sosial.

 ” Saya tahu perkara ini terjadi, dan saya rasa tidak kisah pun bila watak itu diparodikan.

Pada saya, mereka sendiri yang perlu bertanggungjawab atas perkara yang mereka lakukan.”
Salah satu babak dalam drama Tanah Kubur lakonan Nasir Bilal Khan 

 Menurut Nasir lagi, dia juga tidak berkecil hati dengan kejadian tersebut kerana apa yang dimemekkan itu bukanlah dirinya, sebaliknya watak Tok Adi dalam drama tersebut.

 “Watak yang saya bawa itu menjadi dan kekal dalam ingatan semua orang. Tetapi harapannya pengajaran yang cuba ditonjolkan itu sampai. Bukan hanya jadi bahan lawak sahaja.”

 Ditanya mengenai perkembangan terbarunya, Nasir mengatakan bahawa dia kini sedang dalam tempoh promosi untuk filem ‘Laga’ yang akan menemui penonton pada 23 Januari depan.

Dalam filem tersebut, Nasir akan membawakan watak orang kaya Dasuki yang gemar menyabung ayam.

0 comments: