Thursday, December 5, 2013

#SEBERANG:Julia Perez Tangguh Pertunangan Kerana Kematian Bapa

Disaat dirinya bakal meraikan hari pertunangan bersama kekasih tercinta, Gaston Castano, yang hanya tinggal beberapa hari lagi, Julia Perez menerima berita kematian bapanya.

 Aktres yang lebih dikenali dengan panggilan Jupe ini pulang ke kampung halamannya untuk menziarah bapanya, Angkasa Jaya, 52, buat kali terakhir.

 Tidak dapat menahan kesedihan, Jupe kelihatan menangis disisi jenazah bapanya ditemani Gaston yang setia disampingnya.

 Sehari sebelum arwah bapanya meninggal dunia, Jupe baharu sahaja selesai memilih busana pertunangannya pada Isnin lalu.

 Buat masa ini, Jupe belum mengumumkan lagi mengenai pertunangannya yang akan berlangsung pada awal Disember ini.

0 comments: