Tuesday, December 17, 2013

#PANAS:Lawak Boboi Menyinggung Hati Nora Danish?

Persembahan kumpulan ‘Boboi’ yang membuat lawak sindiran dalam Maharaja Lawak Mega (MLM) terbitan Astro membuat Juri tetapnya Nora Danish ‘terasa hati’.

Semuanya gara-gara Boboi yang bersungguh mahu mereka ‘disingkirkan’ awal kerana mungkin merasa pelawak ‘Otai’ dianaktirikan.

“Ketika Boboi membuat persembahan tersebut, saya serta barisan juri lain terkejut dan wajah kami masing-masing terus berubah.

 “Jujurnya saya tersinggung dengan Boboi. Saya serta juri-juri lain sayangkan mereka tetapi rasanya mereka tidak patut membuat lawak menyindir sedemikian,” ujar Nora.

 Nora berkata, Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik tidak sepatutnya mempersoalkan kredibiliti juri yang tidak mempunyai pengalaman berlawak tetapi dilantik mengadili acara itu.
Selain Nora Danish, juri tetap program itu ialah Datuk Yusof Haslam, Luna Maya (Indonesia) dan Syed Haikal (Singapore). 

 Tambah pelakon filem Bencinta itu, para peserta perlu faham bahawa pihak Astro memilih juri MLM untuk memberi komen berdasarkan sisi pandangan mata mereka sebagai seorang penonton.

 Bagaimanapun Nora Danish berkata, dia juga faham, para peserta memerlukan juri profesional agar kritikan yang diberi dapat memperbaiki lagi mutu persembahan pada episod seterusnya.

 “Saya rasa, pihak Astro perlu menerangkan kepada para peserta MLM sebab-sebab kami dipilih.

Mungkin ada sesetengah pihak yang tidak berapa jelas.

Jujurnya, saya sayangkan Afdlin dan Harun kerana mereka adalah ‘otai’ dalam industri ini. ”Cuma kalau boleh janganlah membuat lawak menyindir kami sebegitu,” ujarnya.

Credit 

0 comments: