Sunday, December 22, 2013

#PANAS:Amiruddin Osman kongsi cerita sebenar kenapa ceraikan isterinya Nooraida

Ahli perniagaan, Amiruddin Osman semalam membuat kejutan apabila memberitahu sudah menceraikan isterinya, Nooraida Abd Mutalib yang sebelum ini didakwa saling menghantar gambar kurang sopan dengan pelakon, Adi Putra.

 Kenyataan itu dianggap mengejutkan kerana baru seminggu lalu pasangan suami isteri berkenaan bersama-sama mengadakan sidang akhbar untuk menyatakan rasa tidak puas hati apabila polis memutuskan tidak meneruskan siasatan ke atas Adi.

 Amiruddin yang bakal menyambut hari lahirnya ke-56 esok berkata, dia menceraikan Nooraida, 30, dengan talak satu, kelmarin.

 Menurut Amiruddin :-
 Perceraian mereka berlangsung dengan cara baik di kediaman mereka di Johor Bahru antara jam 4.30 dan 5 pagi dengan persetujuan Nooraida tanpa perasaan marah atau dendam. 
 “Selama empat bulan ini keadaan kami memang tidak stabil, kadang-kadang gembira, kadang kala bergaduh. Jadi kami tak mahu keadaan ini berterusan dan mengambil keputusan ini (bercerai) supaya masing-masing dapat meneruskan kehidupan yang sempurna. 
 “Memang berat, tetapi sebagai seorang suami saya sudah memaafkannya (Nooraida), dia juga terima dengan hati terbuka, dan meminta saya memaafkan setiap kesalahan dilakukan sepanjang 10 tahun kami bersama. 
 “Memang suasana ketika itu sedih, tetapi masing-masing tidak menangis. Kami cuba untuk menyokong antara satu sama lain, malah saya percaya ini (perceraian) satu daripada pengorbanan Nooraida untuk melihat saya tenang,” 
 Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan surat representasi atau rayuan ke Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Pejabat Peguam Negara di sini, semalam.

Turut hadir dua peguamnya Muhammad Hasif Hassan dan Kassim Osman.

 Amiruddin berkata, sebelum cerai dilafazkan dia dan Nooraida meluangkan masa bersama-sama dengan makan dan meronda sekitar bandar raya Johor Bahru kira-kira jam 2 pagi.
 “Sebaik pulang ke rumah, kami berbincang secara hati ke hati dan profesional sebelum saya melafazkan cerai talak satu terhadap Nooraida, tak ada emosional sebab kami saling faham memahami. 
 “Mungkin setakat ini saja jodoh yang kita bina selama 10 tahun dan benda ini (perceraian) berlaku mungkin tanda sayang dia pada saya,” 
 Katanya, permohonan perceraian akan difailkan di mahkamah Syariah Johor Bahru dalam masa terdekat.

 Menurutnya, anak perempuan tunggal mereka Noor Fasha Dania, 8, tahu mengenai keputusan itu dan memahami tindakan yang diambil mereka kerana anak mereka amat matang serta dapat menerima secara terbuka.

 Ditanya sama ada kes skandal yang dikaitkan dengan Adi dan isterinya menjadi punca perceraian mereka, dia enggan mengulas lanjut dan orang ramai boleh menilai dan memikirkannya sendiri.

 Amiruddin berkata, selepas ini dia ingin memulihkan maruah dirinya serta memulihkan perhubungannya dengan keluarga terutama ibu serta adik beradik yang amat tertekan dengan kes itu.

 “Kes itu berlaku ketika saya masih suaminya, maruah dan moral saya tercalar. Perhubungan dengan ibu dan adik beradik saya menjadi tegang. Ibu saya sangat sedih dan tertekan, malah anak saya yang berumur lapan tahun juga terganggu,”a

 Sumber - Currentlife2u.Com

0 comments: