Thursday, December 12, 2013

#PANAS - "Nak Bersara? Bersaralah! Ada Aku Kisah"

Oleh NIEZAM ABDULLAH (Instagram: niezamabdullah)
Sharnaaz pernah berkata mahu bersara. 

ADOIII!!!

 “NAK bersara? Bersaralah… ada aku kisah!”

Luah seorang wartawan senior kepada saya apabila kami berborak mengenai trend artis muda sekarang ni yang nak bersara daripada dunia lakonan ataupun nyanyian.

 Sejak isu Rozita Che Wan yang buat lawak nak bersara sebagai pelakon tapi sampai hari ni masih berlakon, budaya itu menular pula kepada artis-artis lain.

 Terbaharu Sharnaaz Ahmad dan juga Sofi Jikan meluahkan hasrat untuk meninggalkan dunia seni ataupun kata mereka mahu bersara menjadi artis.

 Alasannya, mereka kecewa dengan dunia seni.

 Saya pun turut terpalit rasa kecewa. Kecewa bukan kerana artis itu nak bersara tetapi dengan mentaliti mereka.

 Kalau rasa nak bersara... bersara sajalah. Tak payah nak heboh satu dunia kerana tiada istilah bersara ataupun tidak, untuk menjadi pelakon ataupun penyanyi.

Terutama dalam konteks artis di Malaysia yang datang dan pergi. Bekerja sebagai seorang artis tidak macam orang kerja makan gaji di syarikat ataupun jabatan kerajaan yang mempunyai tempoh perkhidmatan.

Apabila mencapai usia 60 tahun, seseorang itu perlu bersara untuk berehat di rumah dan ‘makan duit pencen’.

 Dalam konteks pelakon, selagi mana mereka masih laku, selagi itulah mereka dihendaki bekerja, tidak kiralah jika umur sudah 100 tahun sekalipun.

 Apabila ada segelintir artis yang buat kenyataan yang mereka kecewa dan hendak bersara, saya pun rasa nak muntah.
Sofi Jikan 

Mereka tak faham apa definisi bersara?

Seperti yang saya katakan tadi, tiada istilah bersara dalam dunia artis. Yang ada ialah, hendak atau tidak lagi untuk menjadi artis. Itu saja.

 Kalau artis-artis yang ‘nak bersara’ ini merasakan mereka dah benci dengan dunia seni, tolak sahaja tawaran berlakon dan cakaplah “saya tidak mahu jadi pelakon lagi” dan jangan cakap “saya nak bersara jadi pelakon”.

 Kemudian mereka boleh balik kampung dan buatlah hal sendiri. Jangan nak kecoh-kecoh kerana artis yang ‘bersara’ ataupun berhenti daripada kerjayanya tidak memberi apa-apa kesan kepada negara, melainkan yang bercakap hendak bersara itu ialah pemimpin negara.

 Artis-artis seperti ini bagi saya ibarat ayam bertelur, riuhnya satu kampung tapi habuk pun tarak. Akhirnya ayam itu terpaksa disembelih untuk dibuat gulai.

Dunia hiburan Malaysia sebenarnya tidak ketandusan artis. Orang berebut-rebut untuk menjadi artis daripada mahu mengejar ilmu di menara gading. Jadi, apabila ada yang kata hendak bersara ataupun tidak lagi menjadi artis... teruskanlah niat itu.

Apa nak hairan? Tak ada siapa yang akan kisah pun kerana di belakang sana lagi ramai yang berbaris untuk menjadi artis.

 Artis-artis yang mengeluarkan kenyataan seperti ini sepatutnya ada perasaan malu. Yalah... ketika di canang hendak bersara, tapi bayang tu masih muncul di mana-mana. Itu ke dinamakan bersara?

 NIEZAM: Balik kampung jual laksa selepas bersara.

0 comments: