Tuesday, December 17, 2013

#PANAS : Justin Bieber Gantikan Paul Walker di Fast & Furious 7?

Paul Walker, pelakon yang terkenal melalui lakonannya di filem "Fast & Furious" telah tiada pada tarikh 30 November lalu.

Kini muncul soalan, siapa yang akan menggantikan peranan Paul Walker dalam filem "Fast & Furious 7"?

 Universal Studio selaku syarikat yang menghasilkan pun bingung, kira-kira siapa yang sesuai untuk menggantikan kedudukan Paul sebagai Brian O Conner dalam saga kebut-kebutan kereta terpopuler tersebut?

Di tengah-tengah kebingungan tersebut, muncul khabar angin tentang siapa pemain yang akan menggantikan Paul Walker.

Dia adalah Justin Bieber.

 Mendengar khabar angin tersebut, para peminat siri "Fast & Furious" langsung berang dan berkoar-koar di Twitter.

Ada yang mengatakan kalau dia lebih baik makan pecahan gelas daripada menonton Bieber di "Fast & Furious 7", ada juga yang mengatakan jika Bieber benar-benar bermain dalam filem tersebut, maka filem tersebut merupakan filem untuk anak remaja putri umur 13 tahun, bukan filem untuk kalangan lelaki dan wanita.

 Bagaimana dengan anda?

Apakah setuju Paul Walker digantikan oleh Justin Bieber?

Mengingat hal tersebut masih merupakan khabar angin, jadi tidak boleh dibuktikan kebenarannya.

Semoga saja khabar angin tersebut tidak benar. (Tom)

0 comments: