Thursday, December 12, 2013

#HOT: Kenapa Aishwarya Rai tak sabar mahu pindah rumah?

Sejak berkahwin dengan Abhishek Bachchan pada April 2007, Aishwarya Rai terus tinggal ­dengan keluarga mentuanya.

Pada kaca mata peminat kehidupan pasangan itu kelihatan sempurna, apatah lagi dengan kehadiran anak sulung mereka, Aaradhya.

Amitabh pula sangat menyayangi cucunya itu.

 Bagaimanapun, segala kesempurnaan yang digambarkan pasangan itu di depan peminat ramai dan media boleh ­dikatakan untuk ­mengaburi mata orang luar saja.

 Khabarnya Aishwarya sudah tidak sabar lagi untuk berpindah dari rumah itu mencari rumah baru bersama Abhishek dan anaknya.

Ini kerana ­pelakon jelita itu tak ­tahan lagi dengan sikap ibu mentuanya, Jaya ­Bachchan yang menyibuk nak tahu segala jadual dan aktiviti menantunya itu.

 Menurut sumber, Aish­warya sudah lama bersabar dan nampaknya dia dah tak tahan lagi.

Bukan saja soal kerja, sehingga urusan peribadi dia pun, Jaya nak tahu juga.

Dalam hal ini, tentu Abhishek serba salah kerana kedua-dua insan itu amat disayanginya.

0 comments: