#GEMPAR: Kediaman Pasangan Sri Devi & Boney Kapoor Terbakar

BAHARU sahaja dikhabarkan mempunyai masalah hutang, kediaman aktres Sri Devi dan Boney Kapoor musnah dalam kebakaran pada Ahad lalu.

 Menurut laporan portal OneIndia, kebakaran itu berpunca daripada kabel di bilik Sri Devi yang mengalami litar pintas.

 "Walaupun Sri Devi panik dengan kebakaran yang terjadi dia tetap berani mematikan segera pusat elektrik di kediaman mereka.

 "Pihak bomba tiba tidak sampai setengah jam selepas dihubungi.

Walaupun kebakaran itu berjaya dipadamkan, namun sebahagian besar bilik Sri Devi telah hangus terbakar," kata sumber.

 Boney segera pulang ke rumah dari Bandra sejurus mendapat tahu kebakaran tersebut dan menempatkan ibunya di rumah aktor Sanjay Kapoor sementara dia dan Sri Devi tinggal di sebuah hotel untuk sementara waktu.

No comments