Friday, December 6, 2013

#Gambar -Kad Jemputan Perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin

Apa sahaja yang dilakukan pasangan ini pastinya mendapat liputan yang meluas daripada pihak media.

 Masakan tidak, perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin sudah pun dilabelkan sebagai Perkahwinan Selebriti Paling Mahal dalam sejarah dunia hiburan tanah air.

 Ini kerana, mereka telah menerima penajaan daripada 28 pihak yang bermurah hati menaja perkahwinan gilang-gemilang mereka.

 Bahkan gambar pre-wedding mereka juga dilakukan di kota romantis Paris dan di sekitar kota London.

 Memang bukan calang-calang perkahwinan Che Ta dan Zain ni..

 Yang terbaru, ada pihak sempat berkongsi gambar kad jemputan majlis resepsi kedua-dua bakal mempelai.
Memang ‘grand’ habis.

 Kalau dah kad jemputan pun semeriah itu, kita tunggu dan lihat pula majlis pernikahan dan resepsi mereka pula nanti.

 Pasti lagi vogue dan meriah sesuailah dengan gelaran Wedding of The Year itu kan..

 Tak gitu?

0 comments: