#FILEM BARU: Tayangan 'Fast & Furious' Lakonan Paul Walker Ditunda Pada 2015

Paul Walker dan Van Diesel 

SELEPAS kematian pelakon utama filem Fast & Furious, Paul Walker pada akhir bulan lalu, filem ketujuh yang dijadualkan tayangan pada 11 Julai tahun depan ditunda kepada 10 April 2015.

 Pengumuman yang sudah dijangka itu dibuat melalui laman sosial Facebook milik pelakon Van Diesel.

 "Kami menyelesaikan adegan akhir bersama-sama dan ketika itu ada suatu rasa yang sangat berbeza sukar untuk digambarkan.

 "Filem ini telah siap sepenuhnya, namun tarikh tayangan akan ditunda kepada 10 April 2015," tulisnya seperti dipetik contactmusic.com.

 Cody Walker iaitu adik kepada Paul Walker dikatakan bakal menggantikan watak pelakon tersebut sebagai Brian O Conner.[mStar]

No comments