#Beyonce Knowles Kongsi Album Baru di Internet

PENYANYI Beyonce Knowles melancarkan album terbaharunya berjudul Beyonce di iTunes pada Jumaat.

 Album kelima terbitan Columbia Record mengandungi 14 buah lagu dan 17 video.

 Album ini juga menampilkan artis-artis popular seperti Drake, Frank Ocean bersama suaminya Jay Z dan anak perempuan mereka, Blue Ivy.

 "Saya mahu orang ramai mendengar lagu-lagu dan kisah yang saya ingin sampaikan melalu lagu tersebut.

Saya mahu peminat tahu apa yang sedang saya rasai dan fikirkan," katanya.

No comments